
Sedangkan 512 sekolah tahfiz berhadapan risiko untuk ditutup kerana tidak mampu menampung kos operasi.
Saya mengesa pihak KERAJAAN mengkaji semula pemberian peruntukan tersebut serta membatalkannya. Apatah lagi sikap dong zong yang tegar MENENTANG TULISAN JAWI dan memperjuangkan UEC.
Dong Zong sewajarnya menerapkan sistem pendidikan kebangsaan di dalam silibus sekolah mereka serta menerima tulisan jawi. Barulah wajar mereka menerima bantuan kerajaan.
Adalah lebih baik peruntukan tersebut di salurkan pada masyarakat cina dikalangan B40 yang mengikuti pendidikan di SEKOLAH KEBANGSAAN. Mereka setia mengikuti sistem pendidikan kebangsaan dan berasimilasi didalam KELUARGA MALAYSIA.
Kita boleh menerima kepelbagaian tetapi kita tidak akan sesekali bertolak ansur dengan KEBIADABAN.
Kita tidak membenci mana-mana kaum, tetapi benci pada tindakan berat sebelah!
MOHAMED SUKRI OMAR
Timbalan Ketua Pemuda
PAS Negeri Selangor
Telok Panglima Garang
2/10/2021