
Kenyataan Media
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
16 November 2021
KHALID SAMAD TAK TAHU BEZA DI ANTARA GIMIK DAN KESERIUSAN KERAJAAN NEGERI KEDAH?
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menyelar dakwaan Khalid Samad yang mendakwa isu berhubung keseriusan Kerajaan Negeri Kedah untuk PBT tidak memperbaharui lesen judi di premis-premis sebagai hanya gimik politik bagi meraih sokongan pengundi semata-mata.
2. Beliau sebagai seorang muslim sepatutnya menyokong dan menzahirkannya dengan ucapan tahniah atau seumpamanya sebagaimana beberapa individu berpengaruh seperti mufti Pahang, asatizah dan pendakwah kerana Kerajaan Negeri Kedah menunjukkan kesungguhan dan keseriusan dalam mengangkat agenda Islam dan mengekang isu judi dan arak ini dengan kuasa yang ada.
3. PH yang memerintah negeri Selangor tidak pula kedengaran keseriusan dalam isu judi mahupun arak, sedangkan PAN dalam kerajaan PH. Apa yang PAN buat? Jika benar kononnya perjuangkan Islam, usahakanlah. Ini tidak, bila kerajaan Kedah menunjukkan keseriusan, bukannya hendak menyokong, malangnya mendakwa ia hanya gimik sahaja.
4. Tidak wajar seorang ahli Parlimen muslim memberikan kenyataan yang seumpama ini kerana dalam agenda Islam sepatutnya semua wakil rakyat sama ada ahli Parlimen atau ADUN yanga beragama Islam sepatutnya bersatu padu menjayakannya dan menyokong. Agenda Islam bukan milik PAS sahaja tetapi ia tanggungjawab semua muslim tanpa mengira perbezaan parti.
5. Amat malang rakyat Selangor khususnya pengundi di Parlimen Shah Alam memiliki wakil rakyat seperti Khalid Samad, sudahnya tidak berjaya membawa agenda ini dalam kerajaan negeri Selangor, namun sibuk pula mempertikaikan kerajaan lain yang berjaya dalam agenda Islam.
6. Saya kira di peringkat Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) sering kali mengeluarkan kenyataan isu berhubung arak khususnya berkaitan isu yang berlaku di dalam negeri Selangor. Namun itulah, sikap parti PH, nak diharapkan PAN yang ada di dalam PH untuk bersuara mengenai Islam, entah bila.
7. DPPNS mengucapkan jutaan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah atas keseriusan dalam isu judi dan arak ini. Walaupun dalam konteks tidak memperbaharui lesen premis ini sudah menunjukkan betapa PAS berpegang dengan prinsip memperjuangkan agenda Islam. Semoga selepas ini akan banyak lagi tindakan-tindakan yang memartabatkan syariat Islam akan terlaksana di negeri-negeru seluruh Malaysia.
8. DPPNS juga menggesa agar kerajaan PH di Selangor boleh ikut jejak langkah ini. Harapnya Khalid Samad dan rakan-rakan dalam PAN mampu mentarbiyah PH untuk memastikan agenda Islam di negeri Selangor ini terus dimartabatkan, seiringan amar makruf dan nahi mungkar.
Islam Menyatukan Ummah
Memacu Perpaduan
Demi Islam Sedia Berjuang
USTAZ HJ MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor