Melangkahlah dengan penuh keberanian dan kebijaksanaan!
Seluruh saf Dewan Pemuda PAS Selangor mengucapkan ucapan setinggi tahniah kepada kepimpinan baharu Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sesi 2021/2023.
Anak muda seluruhnya pasti akan mengikut rapat gerak langkah kepimpinan YB Ustaz Fadhli Shaari yang ditaklif Ketua Pemuda DPPM yang baharu. Pengalaman sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah yang dipikul oleh Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden semestinya dapat membantu dan mencorak kepimpinan DPPM dengan lebih baik selaku posisinya di Timbalan Ketua Pemuda DPPM bagi sesi kali ini.
Seterusnya kehadiran Ustaz Hanafi Zulkapli sebagai Naib Ketua Pemuda dengan segudang pengalaman sewaktu memimpin Dewan Pemuda PAS Selangor akan menambah nilai kepada organisasi DPPM ini. Pastinya ia adalah gandingan yang ditunggu-tunggu oleh para pemuda di Malaysia. Ironinya ketiga tiga kepimpinan DPPM kali ini ialah graduan Universiti Al Azhar, Mesir.
Harapan terbesar pastinya untuk melihat isu anak muda diberikan perhatian sebaiknya oleh kepimpinan DPPM yang baharu. Kerja kuat, legasi dan komitmen yang ditinggalkan oleh YB Senator Ir Ts Hj Khairil Nizam Khirudin sewajarnya terus disuburkan dan ditambah baik pelaksanaannya.
Terus lah melangkah dengan jiwa pemberani anak muda dan penuh kebijaksanaan. Saf kepimpinan DPPM sesi 2021/2023 sewajarnya terus laju kehadapan, membantu dan memberikan buah fikiran segar dan idea-idea baharu kepada isu-isu anak muda dan negara. Inilah masanya kita bekerja dan kita lakukan dengan sedaya upaya demi agama, bangsa dan tanah air tercinta!
Seeru Ala Barakatillah dan selamat bekerja!
Ikhlas daripada
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR (DPPNS)
SENARAI JAWATANKUASA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 2021-2023
Ketua Pemuda : YB USTAZ AHMAD FADHLI SAARI :
Timbalan Ketua Pemuda: USTAZ AFNAN HAMIMI :
Naib Ketua Pemuda : USTAZ HANAFI ZULKAPLI :
Ahli Jawatankuasa :
– HAFEZ SABRI
– AHMAD NAWFAL
– HANIF HARON
– KHIDHIR IZAIDIN
– KHAIRUL NADZIR
– WAN ABU BAKAR
– ARIFIZIAZUL PAIJO
– ABDUL MALIK
– HILMI ISMAIL
– NURUL AMIN HAMID
– SAIFUDDIN HASSAN
– AHMAD BILAL BIN RAHUDDIN
PENGERUSI TETAP : USTAZ DR HAJI RIDUAN MOHD NOR
TIMBALAN PENGERUSI TETAP : USTAZ NOR AZARIZA