Selamat tiba ke Ardul Kinanah

Selamat tiba ke Ardul Kinanah

Selamat tiba ke Ardul Kinanah

 

Malam semalam saya bersama Ustaz Hanif Jamaluddin (Setiausaha Pemuda PAS Selangor) menyantuni serta menyampaikan sumbangan bagi adik-adik yang berangkat ke Mesir di KLIA.

 

Tahniah buat kalian kerana terpilih meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar.

 

Terima kasih Ilmam Malaysia, Ilmam Selangor dan Ilmam Wilayah Persekutuan yang membantu menguruskan adik-adik tersebut untuk menyambung pengajian.

 

 

Terima jua diucapkan pada Selayang Care yang menyampaikan sumbangan pada adik-adik tersebut.

 

Semoga kalian menjadi ulamak amilin yang istiqamah berbakti pada ummat. Saya menyampaikan beberapa titipan pesanan mewakili Dewan Pemuda PAS Selangor.

Teringat syair bahasa Arab yang disusun oleh Abul Qasim Ahmad bin Umar bin Abdullah bin Ushfur rahimahullah. Katanya di dalam Jaami’ul ‘Ulumi Wal Hikam 1/2019:

 

مَعَ الْعِلْمِ فَاسْلُكْ حَيْثُ مَا سَلَكَ الْعِلْمُ *** وَعَنْهُ

فَكَاشِفْ كُلَّ مَنْ عِنْدَهُ فَهْمُ

 

Bersama ilmu, tempuhlah jalan yang telah ditempuh oleh ilmu…

Dan tentangnya, belajarlah dari setiap orang yang memiliki pemahaman

فَفِيهِ جِلَاءٌ لِلْقُلُوبِ مِنَ الْعَمَى *** وَعَوْنٌ عَلَى

الدِّينِ الَّذِي أَمْرُهُ حَتْمُ

Dalam ilmu terdapat penyingkap hati dari kebutaan (kebodohan)…

Dan pertolongan terhadap agama yang (setiap) urusannya adalah pasti…

 

فَإِنِّي رَأَيْتُ الْجَهْلَ يُزْرِي بِأَهْلِهِ *** وَذُو الْعِلْمِ فِي الْأَقْوَامِ يَرْفَعُهُ الْعِلْمُ

 

Sungguh aku melihat bahwa orang bodoh akan hina dan rendah…

 

Adapun ilmu akan akan meninggikan darjat ahlinya di antara manusia…

 

Moga menjadi pedoman buat kita bersama. Perjalanan ilmu tidak pernah berhenti melainkan maut mendatangi kita semua.

 

artikel berkaitan

KONGSIKAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on tumblr