
Terbaik YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari (Ahli Parlimen Pasir Mas) atas teguran pada Kerajaan berkaitan isu cabutan judi.
Bukan sahaja menegur malah memberikan cadangan penyelesaian.
Antara intipati ucapan YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari:
Mencadangkan Kerajaan agar memperkenalkan cukai pegangan saham bagi meningkatkan pendapatan negara. Tidak perlu bergantung pada hasil judi.
Kita mahukan mengharmonikan kehidupan rakyat, tetapi judi menjadi perkara yang memusnahkan keharmonian.
Kerajaan WAJIB menarik balik langkah ini atau berhadapan dengan tentangan yang hebat di dalam atau di luar dewan.
Judi dalam apajua keadaan akan memberikan KESAN BURUK samada jangka masa pendek atau panjang dalam KEBERKATAN HIDUP rakyat.
Kerajaan boleh menjana duit dengan kaedah lain dengan memindahkan institusi pendidikan tinggi di tengah Bandaraya Kuala Lumpur ke Negeri-negeri lain bagi dibangunkan kawasan tersebut.
TAHNIAH YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berjaya membuktikan bahawa PAS tetap kekal dengan prinsip perjuangan Islam walau berada diposisi mana pun.