Ustaz Mohamed Sukri Omar (Jawi: محمد شكري بن عمر ) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau juga adalah Guru Agama Islam dan Ahli Perniagaan. Beliau merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor dan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor. Beliau dilantik sebagai AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat (Sesi 2021/2023) dan Timbalan Pengarah (1) Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Sesi 2021/2023). Beliau pernah menyandang Timbalan Ketua Pemuda (2) Perikatan Nasional Negeri Selangor bermula 28 April 2021 hingga 15 Febuari 2022. Pernah menjawat Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor pada sesi 2019/ 2021. Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah bertanding di Parlimen Pandan tetapi tewas.
Mohamed Sukri Omar berasal dari Beserah, Kuantan, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad, Kuantan. Seterusnya beliau menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan dan memperoleh Sijil Pengajian Agama Khas dan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam Diploma Pengurusan Perniagaan dan Minor Pengajian Islam di Kolej Jamiah Islamiah Putra atau Kolej JAIPUTRA (kini Kolej Uniti Kota Bharu). Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Sana’a, Yaman selama 5 tahun dan berjaya mendapatkan Ijazah Pengajian Ilmu-ilmu Islam, Ijazah Tadris (Keizinan Mengajar) dan ijazah sanad kutub sittah daripada Syeikh Qassim Al-Bahr Al-Yamani di sana[2]. Kini beliau sedang menyelesaikan pengajian Sarjana Falsafah di Akademi Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.